Semua peserta yang hadir kursus ini pada 26 & 27 Mac 2011 menyatakan amat berpuashati ke atas kandungan kursus terutamanya tentang tips membuat decision melabur dan proses lengkap mendaftar serta melesenkan tadika dan taska yang berasaskan hands-on experiences pengurusan Vonad.
Bukan mudah mendapat kursus yang begini kerana tidak ramai pengusaha yang berjaya hendak berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan pihak lain khususnya tentang bisnes yang berjaya.
Oleh itu, mereka mengesyorkan supaya lebih ramai bakal pengusaha taska dan tadika hadir kursus yang akan dijalankan pada 23 dan 24 April 2011 di Pusat Latihan Vonad. Bagi kursus IT biasanya yuran yang dikenakan sebanyak RM650 seorang dan ada yang melebehi RM1,000 seorang.
Kursus taska tadika pada 16 & 17 Julai 2011 lalu telah menarik minat seramai 24 orang peserta, kecuali seorang yang lainnya mempunyai ijazah dan ada kerjaya. Banyak peserta masih mencari-cari kerjaya dalam bidang asuhan kanak-kanak. Ramai yang datang daripada out-station termasuk Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Hakikatnya, bidang asuhan kanak-kanak kini amat berpotensi sebagai satu kerjaya kerana setiap famili muda mempunyai antara 2-5 orang anak dan kedua-dua ibu dan bapa bekerja sepenuhmasa. Banyak famili bergantung kpd taska & tadika disebabkan kerjaya dan keperluan memenuhi kehendak anak-anak yang mesti tahu membaca dan menulis sebelum masuk darjah 1.
Testimoni para peserta jelas mengesahkan bahawa kursus anjuran Vonad ini sememangnya satu pakej hands-on guide yg lengkap boleh membantu usahawan membuka biz taska dan tadika. Tidak perlu guna konsultant yg tidak ada pengalaman taska dan tadika seperti pengusaha-pengusaha Vonad. CD kertas-kerta kerja bagi mendapatkan lesen/pendaftaran JKM dan BPT juga disediakan secara percuma. Di lain masa mungkin CD ini dikenakan sedikit bayaran untuk penat lelah menyiapkan kertas-kertas kerja yang berkenaan.
Bagi anda yang mentally bersedia menjadi BOSS dan ingin menceburi bidang asuhan kanak-kanak sebagai pengusaha, kursustadikataska anjuran di Vonad ini pastinya tidak megechewakan atau merugikan duit dan masa 2 hari anda bersama jurulatih-jurulatih Vonad di Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang.
Rezeki di bumi Allah ini tidak datang bergolek ianya perlu dicari dengan bekerja dan berusaha kuat dan tekun serta diiringi dengan doa InsyaAllah anda akan berjaya mengejar cita-cita anda menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Kursus yg telah diadakan pada 1 & 2 Oktober 2011 telah menarik minat seramai 20 peserta sebahagian besarnya mempunyai kerjaya dan ijazah universiti. Feedbacks yg diterima rata-rata menyatakan bahawa kursus biz taska tadika ini amat berguna bagi membantu pengusaha membuka dan mendapatkan lesen dan kelulusan pihak Berkuasa. Kursus ini amat sesuai kepada bakal usahawan yg mungkin sudah ada ilmu pengetahuan tentang biz tetapi kurang atau tidak ada pengalaman bagaimana nak memulakan bisnes. CD yg diberikan kpd peserta amat berguna bagi menyiapkan kerta-kertas kerja yg betul yg diperlukan oleh Pihak Berkuasa berkenaan. Yuran RM320 bagi seorang peserta berbanding dgn pendedahan serta cara yg betul memulakan projek amatlah murah.