Syarikat Vonad telah membuka beberapa buah taska dan tadika di Bandar Baru Bangi, Kajang dan di WP Putrajaya. Jumlah kanak-kanak di bawah jagaan sekarang telah meningkat kepada seramai hampir 300 orang. Projek-projek tadika Vonad mempunyai guru-guru terlatih dan taska vonad mempunyai penyelia dan pengasuh taska terlatih dan berpengalaman. Projek-projek tadika dan taska di Putrajaya sudah berdaftar dengan PBT dan JKM dan projek-projek di Bangi dan di Kajang sedang dalam proses perlesenan. Kesemua pekerja-pekerja sekarang disyaratkan mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Kursus ini disediakan oleh syarikat Vonad sendiri. Syarikat Vonad telah 3 tahun menyediakan latihan kepada lebih 1300 orang pengasuh daripada seluruh negara.