Berhenti !!!... Segala persoalan anda bakal terjawab...

(Tak Perlu Risau Lagi... Anda Berada Di Laman Web Yang Betul Untuk Mempelajari Selok-Belok Bisnes Tadika, Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yang Amat Menguntungkan Ini.)

Daripada: Hajah Salimah Abd Hamid 
PER: Kursus Bisnes Tadika, Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Jika anda membaca bahagian ini saya pasti anda mungkin seorang:

  • Yang baru mengusahakan sebuah Taska atau Tadika
  • Yang baru bercadang untuk membuka sebuah Taska atau Tadika

Siapa pun anda namun, saya pasti selama ini anda tercari-cari maklumat dan panduan tentang Taska, Tadika & Pusat Jagaan Kanak-Kanak dari segi:

  • Bagaimana mendaftarkan dan mendapatkan lesen
  • Bagaimana menjadi Pengusaha TASKA/TADIKA yang berjaya
  • Bagaimana anda boleh menghadiri kursus menubuhkan Taska / Tadika
  • Cara amalan asuhan kanak-kanak yang betul dan menguntungkan
  • Bagaimana untuk menghasilkan kertas kerja TASKA/TADIKA
  • Bagaimana cara menguruskan kanak-kanak
  • Dan 1001 macam persoalan lain

Saya juga pasti bahawa memiliki pusat Taska atau Tadika yang maju merupakan impian anda tidak kiralah samada anda belum bermula mahupun anda telah bermula.

Bagi anda yang mempunyai modal besar atau mempunyai simpanan yang besar, anda boleh bermula pada bila-bila masa anda bebas memulakan perniagaan Taska/Tadika anda namun jika anda hanya mempunyai modal yang kecil tidak bermakna ianya sebagai satu halangan besar buat anda kerana anda tetap boleh berjaya.

Anda perlu melakukan perniagaan dengan berkonsepkan “start small, finish big” bermaksud anda bermula dengan modal yang kecil namun mampu mengaut keuntungan yang tinggi. Sudah tentu anda akan berkata “ Bagaimana boleh saya perolehi keuntungan tinggi sedangkan saya hanya mempunyai modal yang kecil untuk menjalankan perniagaan ini...???” Namun anda jangan bimbang kerana anda berada di laman yang betul bagi menjawab persoalan anda ini.

Jika anda telah mempunyai sebuah Taska mahupun Tadika tidakkah anda terfikir untuk mengembangkan perniagaan anda ini dengan membuka beberapa buah lagi dan jadikan Taska/Tadika anda tersebut sebagai satu jenama yang hebat? Sudah tentu anda impikan perkara ini.

Mengusahakan Taska/Tadika merupakan satu bidang yang mampu menjana kekayaan buat anda dan untuk mula membuka serta menjalankan perniagaan ini bukan sesusah yang difikirkan dan ianya akan jadi mudah serta menguntungkan jika anda memiliki ilmu yang betul untuk melakukannya.

Mampu Ke Perniagaan Ini Memberi Pulangan Yang Sangat Lumayan ?

Ibubapa yang berhasrat untuk menghantar anak kecil yang berumur kurang 4 tahun ke Taska harus menyediakan wang sebanyak RM250 ke RM380 sebulan sebagai bayaran yuran bulanan.

Baik, katakan Taska anda tersebut mempunyai seramai 25 kanak-kanak dan katakan yuran yang anda kenakan adalah sebanyak RM300. Ini bermaksud anda menerima RM7,500 setiap bulan dan bayangkanlah juga jika anda memiliki beberapa cawangan Taska sehingga mampu menampung lebih 100 kanak-kanak. Lumayan, bukan? Anda boleh bayangkan berapa jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi.

Betul Ke Perniagaan Ini Mempunyai Pasaran Yang Tinggi ?

Boleh dikatakan 80% dari pasangan ibubapa sekarang kedua-duanya bekerja bagi menampung kos kehidupan dan satu masalah bagi pasangan ibubapa ini adalah kepada siapa harus mereka hantar anak-anak mereka yang masih kecil sewaktu kedua-dua mereka pergi bekerja mencari rezeki ?

Oleh itu cara yang paling mudah adalah dengan menghantar mereka ke pusat Taska mahupun pusat jagaan kanak-kanak.

Jadi anda boleh bayangkan potensi pasaran perniagaan ini. Setiap keluarga di kawasan anda berpotensi menjadi pelanggan anda.

Anda Mempunyai Masalah Dari Segi Modal Bagi mengurus Dan Menjalankan Perniagaan Ini... Apa Yang Perlu Anda Lakukan???

Ya memang betul setiap perniagaan memerlukan modal dan ianya bukanlah satu jumlah modal yang kecil namun jika anda tahu bagaimana untuk memperolehi serta bermain dengan pusingan modal maka ianya bukan lagi satu masalah utama.

Di sini saya akan berikan satu tip (saya ada banyak lagi kaedah untuk dikongsikan dengan anda).

Wang pendaftaran pelajar Tadika, contohnya.

Tambahan modal pusingan boleh anda perolehi menggunakan wang pendaftaran pelajar. Untuk pengetahuan anda setiap pelajar yang mendaftarkan diri di tadika anda perlu membayar wang pendaftaran tahunan sebelum mereka memulakan kelas tadika. Kebiasaan yuran ini dibayar pada sebelum atau awal tahun.

Katakan bayaran bagi pendaftaran sebanyak RM500 dan sekiranya terdapat 30 orang pelajar tadika mendaftarkan diri bermaksud pada awal tahun tersebut anda memperolehi wang sebanyak RM15,000. Makanya dengan wang inilah anda boleh membantu anda untuk digunakan sebagai wang deposit anda kerana wang ini akan anda gunakan untuk buku-buku aktiviti, uniform tadika, T.Shirt sukan, yuran aktiviti tahunan dan sebagainya.

Ada banyak lagi tip yang boleh saya kongsikan dan saya akan beritahu anda bagaimana anda boleh memiliki ilmu yang betul untuk menjalankan perniagaan nanti.

Antara Kelebihan Menjalankan Perniagaan Taska/Tadika/Pusat Jagaan...

Selain dari mampu menjana pendapatan lumayan secara berterusan, di antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda nikmati jika anda memilih untuk menjalankan perniagaan Taska adalah:

  • Anda tidak perlu mengeluarkan wang jika terdapat diantara anak-anak anda yang sepatutnya dihantar ke pusat Taska. Jadi ia mampu menjimatkan ribuan wang anda setahun.
  • Anda adalah Bos kepada diri anda sendiri dan anda bebas untuk mengurus serta memberi apa-apa keputusan terhadap perniagaan anda. Jadi anda bakal bebas dari tekanan masa kerja.
  • Anda mampu menggandakan wang anda kerana anda boleh menambah cawangan baru tanpa had.
  • Anda mampu lari dari tekanan emosi kerana suasana persekitaran kerja di tadika/taska mungkin seperti berada di rumah sendiri.
  • Perniagaan ini tidak memerlukan anda memperuntukkan masa yang terlalu panjang maka dengan itu anda mampu menggunaklan lebihan masa yang ada bagi merebut peluang-peluang lain bagi menjana kekayaan anda.
  • Anda berpotensi memperkembangkan lagi bisnes dan pendapatan anda dengan cuma duplikasikan bisnes taska/tadika yang telah berjaya anda jalankan.
  • Anda berasa puas dan bangga bila melihat kanak-kanak di bawah jagaan taska/tadika atau pusat jagaan kanak-kanak anda membesar menjadi pintar dan cergas.
  • Dan banyak lagi kelebihan jika anda memilih perniagaan ini sebagai perniagaan anda...

hajjah salimahNama saya Hajjah Salimah Abdul Hamid dan saya merupakan seorang pengusaha Taska dan Tadika. Saya juga adalah pengarah urusan Vonad (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diberikan akreditasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia untuk melatih pengusaha dan pengasuh Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak.

Bidang kebajikan kanak-kanak bukan lagi asing buat saya kerana sebelum menguruskan pusat latihan Taska ini, saya telah berkhidmat di JKM selama 38 tahun sebelum bersara. Pengalaman berdepan dengan pelbagai masalah kanak-kanak sudah sebati dengan diri saya dan ini juga merupakan bidang yang saya amat minati, iaitu mendidik dan membimbing kanak-kanak sehingga menjadi cemerlang.

Tamat sahaja khidmat bersama JKM, saya membuka sebuah pusat latihan asuhan kanak-kanak (KAAK) pada awal 2009, 2 buah taska pada tahun 2010 dan 2 buah tadika pada tahun 2011 dan sebuah lagi taska pada bulan Julai tahun 2012. Sehingga hari ini, seramai lebih 1,500 orang telah menyertai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dan Kursus Asuhan PERMATA (KAP) dengan syarikat Vonad. Ketika ini Kursus Asuhan PERMATA melalui Portal JKM secara on-line sedang dijalankan di Vonad.

Saya tahu apa yang saya lakukan dan pihak JKM juga memberi kepercayaan dan akreditasi untuk saya mengendalikan Kursus Asuhan PERMATA.

Datanglah ke Kursus Penubuhan Tadika/Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Anda tidak akan rugi kerana anda akan mendapat bimbingan yang sempurna daripada sumber yang tepat, penceramah yang berpengalaman dan diberi kepercayaan oleh pihak berwajib.

Bagaimana Anda Boleh Mengambil Manfaat Dari Saya ?

Sekarang anda telah tahu bahawa mengusahakan perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang menguntungkan dan untuk melakukannya bukanlah sesusah seperti apa yang anda fikirkan.

Untuk menjalankan perniagaan ini perkara yang lebih penting dari penyediaan modal adalah ILMU. Tanpa ilmu taska/tadika dan pusat jagaan kanak-kanak, anda seolah-olah cuba berjalan di dalam gelap gelita tanpa cahaya.

Dengan memiliki ilmu yang betul, maka anda mampu mengelak diri anda dari pembaziran kos, mampu mengelak dari melakukan kesilapan dan yang menariknya anda mampu menjana pendapatan yang lebih walaupun diawal pembukaan.

Untuk menyampaikan ILMU perniagaan ini kepada anda, maka dengan itu saya menganjurkan satu seminar yang bertajuk :

“Kursus Langkah Mudah Menubuhkan Taska/Tadika Dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak”

Kursus ini merupakan satu pakej kursus satu hari dimana anda bakal dibekalkan dengan ILMU yang lengkap tentang perniagaan Taska/Tadika & Pusat Jagaan Kanak-Kanak.

Segala persoalan serta permasalahan anda mengenai perniagaan ini akan anda perolehi dan tiada lagi rahsia untuk disimpan.

Mari kita lihat di antara beberapa perkara utama yang bakal dibincangkan di dalam kursus ini:

  • Prospek bisnes taska & tadika berasaskan hakikat wujudnya keperluan tinggi bagi penjagaan anak-anak daripada ibu bapa yg bekerja sepenuh masa, golongan keluarga middle & high income, dan bahawa di taska & tadika terdapat sistem jagaan anak anak yang lebih baik daripada di rumah
  • Aspek kedua lebih tertumpu kepada perkara perkara teknikal bagi menubuhkan sebuah taska atau tadika yang berlesen. Ini melibatkan jabatan jabatan yg berkuasa meluluskan pelan, meluluskan sistem jagaan anak anak, penjagaan kesihatan dan pencegahan kebakaran. Oleh itu pengusaha diperlukan menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan kesihatan dan Jabatan Bomba dan Keselamatan.
  • Selain daripada itu, ia melibatkan usaha mendapatkan modal daripada simpanan sendiri atau saudara mara dan daripada pihak bank
  • Aspek ketiga yang sama penting ialah pengurusan projek taska & tadika khususnya dalam pengambilan staf dan pengasuh, latihan asuhan, pengurusan aliran tunai & modal, pengurusan rekod rekod dan borang borang penting, latihan kecemasan dan sebagainya
  • dan banyak lagi

Anda sedar bahawa dengan mengusahakan pusat Taska/Tadika & Jagaan Kanak-Kanak mampu menjana pendapatan lumayan secara berterusan namun anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya...

Oleh itu, apa yang bakal anda perolehi adalah pakej kursus sehari yang akan menyediakan anda dengan segala ilmu serta maklumat yang perlu anda tahu dari A~Z bagaimana anda boleh menubuhkan serta menguruskan perniagaan tersebut dan jana kekayaan melaluinya...

Kenapa Anda Perlu Menghadiri Kursus Ini ?

Saya boleh sediakan sebuah buku untuk memberikan anda panduan menjalankan perniagaan ini di samping mendapat keuntungan buta-buta hasil dari jualan buku tersebut. Namun itu bukan hasrat saya.

Harapan saya semoga anda mampu menubuhkan, menguruskan dan seterusnya mengembangkan perniagaan ini dengan jayanya.

Dengan menghadiri kursus ini, anda bukan sahaja mampu memperolehi segala ilmu yang diperlukan, malah anda boleh terus berhadapan dengan saya bagi menjawab segala kemusykilan yang mungkin.

Yang penting anda mampu miliki kejayaan yang anda idamkan.

Faedah Yang Bakal Anda Terima Melalui Kursus Ini...

Menuntut ilmu dan berguru secara langsung adalah cara pembelajaran terbaik. Bukan setakat anda belajar menggunakan deria rasa, dengar dan lihat, anda juga berpeluang menghapuskan segala persoalan anda tentang pembinaan bisnes taska/tadika dan penjagaan kanak-kanak ini dengan bertanyakan soalan anda terus kepada saya.

Ini adalah faedah paling utama jika anda datang ke kursus ini dan belajar daripada saya. Tiada harga dapat diletakkan jika inilah yang anda cari selama ini.

Namun, terdapat faedah-faedah lain yang menanti anda di kursus nanti.

  • Ilmu Lengkap
    Kursus ini dijalankan selama satu hari, sehari bisnes tadika dan sehari lagi bisnes taska dan anda boleh bayangkan betapa lengkapnya ilmu yang bakal anda perolehi nanti. Segala yang perlu anda ketahui dari A sampai Z akan dibekalkan.
  • Ilmu Yang 'REAL'
    Ilmu yang dikongsikan juga adalah ilmu yang benar-benar asli. Ini kerana apa yang bakal anda perolehi adalah dari orang-orang yang mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalam perniagaan ini. Untuk berjaya anda harus mengikuti langkah orang yang telah berjaya.
  • Membina Rangkaian Perniagaan
    Anda akan berjumpa dengan insan-insan yang mempunyai minat mendalam dalam perniagaan ini. Mana tahu kemungkinan besar akan ada “perkongsian bisnes” yang terhasil bagi menubuhkan pusat Taska/Tadika dan Jagaan kanak-kanak anda.

Berapa Yang Harus Saya Laburkan Bagi Menghadiri Kursus Ini ?

Dari apa yang telah anda ketahui di atas, dengan menjalankan perniagaan ini anda bakal memperolehi satu penjanaan pendapatan yang sangat lumayan, berterusan serta selamat. Namun, semua itu boleh anda miliki dengan syarat anda melakukannya dengan cara serta pengurusan yang betul.

Jalan pintas untuk mendapatkan panduan bagaimana untuk melakukannya dengan betul adalah dengan menghadiri kursus yang bakal saya jalankan.

Saya Berminat Dengan Kursus Ini. Bagaimana Saya Boleh Menghadirinya?

Untuk menghadiri kursus yang bakal saya jalankan, anda hanya perlu laburkan sebanyak RM400.00

Satu nilai pelaburan yang sangat berbaloi. Biasanya untuk satu kursus sebegini, anda terpaksa mengeluarkan wang sebanyak antara RM500 ke lebih dari RM1,000 dan inilah nilai sebenar bagi kursus satu hari ini.

Dengan RM400, anda bakal berpeluang menghadiri seminar satu hari yang mana anda bakal memperolehi ilmu yang secukupnya bagi menjalankan perniagaan anda.

Jadi, tidakkah anda rasa bahawa pakej kursus RM400 selama satu hari ini sememangnya cukup berbaloi buat anda? Ya ianya pasti berbaloi.

Dan lagi, kursus ini hanya dijalankan pada hujung minggu, hari Sabtu sahaja, supaya mudah bagi anda untuk menghadirinya. Walaubagaimanapun, hanya 40 orang sahaja dibenarkan untuk setiap satu sesi.

Perincian masa dan lokasi adalah seperti di bawah:

Kursus Tadika/Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak

kursus tadika taska

Jadual Topik Kursus Tadika Taska

HARI PERTAMA

Waktu Topik
08:00 - 08:30 Pagi Pendaftaran Peserta 
08:30 - 09:00 Pagi Ice-breaking (Meeting Expectations)
09:00 - 10:30 Pagi Perlesenan dan Pendaftaran Projek Taska & Tadika 
10:30 - 11:00 Pagi Minum Pagi
11:00 - 01:00 Petang Faktor Penting dalam Bisnes Taska dan Tadika
01:00 - 02:30 Petang Makan Tengahari, sessi Networking dan Solat Zohor
02:30 - 03:30 Tghari Perbincangan Pelan Bisnes Taska & Tadika
03:30 - 04:30 Petang Sessi Q & A dan Majlis Penutup


Jadual Tempahan Kursus Tadika Taska

Hari Tarikh Tempat Masa Yuran Status
Sabtu

6 Disember 2014

Pusat Latihan Vonad No 5A, Tingkat 2, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan Reko, Kajang, Selangor DE

8:00 Pagi - 4:30 Petang RM400 Tempahan Dibuka Sekarang

Lokasi Kursus Tadika Taska

Kursus Tadika Taska

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd.(Roc : 316602-X) 
No 5A, Jalan Hentian 3, 
Kompleks Hentian Kajang, 
Off Jalan Reko, 43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan.

Lokasi Pejabat Vonad bersebelahan Pejabat KWSP Hentian Kajang di atas Kedai Fotostat.

Peta Ke Lokasi


View Larger Map

Orang Yang Berjaya Cepat Bertindak & Mengambil Peluang...

Kita sering berimpikan untuk berjaya dalam apa yang kita ingin ceburi. Mungkin anda juga mempunyai impian untuk memiliki sebuah Taska/Tadika atau Pusat Jagaan Kanak-kanak yang maju dan menguntungkan. Namun semuanya itu bakal tinggal impian sahaja jika tiada apa-apa tindakan yang anda ambil.

Jika anda membaca sehingga bahagian ini, bermakna anda serius untuk menjalankan perniagaan ini dan adalah menjadi satu kerugian jika anda tidak mengambil keputusan untuk terus bertindak menghadiri kursus ini.

Saya tidak mahu anda hanya syok sendiri sambil berangan memiliki Taska impian anda dan saya mahu anda mencapai kejayaan yang anda idamkan.

Jalan paling mudah, selamat serta jimat bagi mengelak dari melakukan kesilapan, pembaziran dan kerugian adalah dengan bertindak menghadiri kusus ini sekarang juga. Jangan pandang belakang lagi dan maralah ke depan menuju kejayaan.

Hanya dengan bertindak dengan cara yang betul sahaja mampu menjamin kejayaan oleh itu bertindak sekarang.

Yang benar,

Hajah Salimah Abd Hamid
No HP: 012-2902658 atau 012-3220326


PS: Sekiranya anda tidak dapat membuat tempahan melalui laman ini, sila email ke oyusof@gmail.com

PS: Kursus satu hari ini akan membekalkan anda dengan ilmu yang lengkap bagaimana anda mampu menubuhkan dan menguruskan Taska/Tadika atau Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan menjawab pelbagai persoalan yang mungkin, dan juga mengelak diri anda daripada melakukan kesilapan, kerugian serta pembaziran dalam menubuhkan dan menjalankan perniagaan ini.

PPS: Kursus ini dijalankan pada hujung minggu sahaja supaya memudahkan anda untuk menghadirinya jika anda masih mempunyai pekerjaan tetap anda sekarang.

PPPS: Kursus ini hanya memuatkan 40 orang untuk satu-satu masa. Oleh itu, anda harus bertindak pantas bagi memperolehi tempat anda dengan segera. Jika tidak, anda terpaksa menunggu untuk sesi seterusnya dan ini akan melambatkan tindakan yang harus anda ambil.